Thursday, 30 October 2014

Tentang SMKA Sultan Muhammad


      
                        Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sultan Muhammad (SMKASM)  
Moto"Al-Iqdam"
Ditubuhkan1 Mei 1967
Dirasmikan21 Ogos 1967
JenisSekolah Menengah Kebangsaan Agama(SMKA)
PengetuaTuan Haji Muhd Hairi bin Tamam
Penolong Kanan Pentadbiran dan AkademikPuan Hajjah Yazidah Binti Yazid
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridTuan Haji Abdul Hamid bin Ashaari
Penolong Kanan KokurikulumTuan Haji Ghazali bin Yusof
Ketua PelajarMuhammad Syazwan Bin Md Isa
Kod sekolahMRA2125
LokasiBandaraya MelakaMelaka TengahMelaka,Malaysia
Kemasukan Pelajar3++ pelajar
Nama singkatanSMKA Sultan Muhammad


Telefon(+6)06-2325434
Faks(+6)06-2316275
"Ilmu Punca Kejayaan"
 



Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sultan Muhammad (dikenali sebagai SMKASM atau SMKA Sultan Muhammad, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) di antara dua buah sekolah SMKA di negeri Melaka yang terletak di Jalan Pengkalan Batu, Batu Berendam. Sekolah ini menawarkan aliran pengajian Sains Tulen Agama, Akaun, IT, dan Reka Cipta.
Matlamat penubuhannya selaras dengan dasar SMKA yang bertujuan mendidik pelajar dengan keperibadian Islam, Membekalkan ilmu yang memenuhi tuntutan duniawi dah ukhrawi, Memperkembangkan potensi pelajar dari segi minat, kreativiti, sahsiah dan kepimpinan, dan Memberi peluang kepada pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam pelbagai bidang ilmu dalam dan luar Negara.
 SEJARAH SEKOLAH
Sekolah ini telah ditubuhkan pada 1 Mei 1967 bagi memenuhi dasar pendidikan negara ketika itu yanbg mahukan pendidikan ditekankan dalam pelbagai aliran khususnya aliran agama. Tuan Pengetua pertama yang bertanggungjawab ketika itu ialah Ustaz Sabil bin Hj Mohamed. Pada peringkat awal penubuhan sekolah ini hanya mempunyai 2 orang guru, 3 orang pekerja dan 70 orang prlajar lelaki yang dikhususkan dalam aliran agama. Sekolah ini pada mulanya di bawah pentadbiran Majlis Agama Islam Melaka dan menggunakan nama Sekolah Menengah Sultan Muhammad (Menengah Tinggi Agama) bersempena dengan gelaran Sultan Melaka iaitu Sri Maharaja.


Pembukaan sekolah ini telah dirasmikan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Tuanku Ismail Nasaruddin Shah IbniAl-Marhum Sultan Zainal Abidin Yang di-Pertuan Agong ke 4 pada 21 Ogos 1967. Pada awal 1969, seramai 99 orang pelajar perempuan dari pelbagai sekolah agama rakyat telah diterima belajar di sekolah ini dan diserapkan terus ke tingkatan dua. Pada peringkat itu umur pelajar yang belajar di sekolah ini tidak dihadkan.

Semasa peringkat awal sekolah ini hanya bebrapa bangunan sekolah yang menempatkan 1 bilik guru, 8 bilik darjah, dan asrama pelajar. Pada 1974 beberapa bangunan tambahan telah dibina bagi memenuhi keperluan sekolah ketika itu. BAngunan tambahan itu merangkumi 2 bilik makmal, 1 blok bangunan asrama perempuan satu tingkat dan sebuah perpustakaan. Pada tahun ini juga sekolah ini adalah antara 13 buah sekolah agama negeri di seluruh semenanjung Malaysia yang telah diambil alih pengurusannya oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Sekolah ini telah menukar namanya kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sultan Muhammad Melaka. Mulai dari tu juga sekolah ini telah diletakkan di bawah pengurusan pengambilan pelajar di sekola lain. Sekola ini turut dikhaskan untuk pelajar lelaki sahaja.

Sekolah ini telah mengalami perkembangan yang pesat dari tahun demi tahun. Pada tahun 1983, bangunan tambahan yang mengandungi 1 blok bangunan makmal sains tulen satu tingkat, sekolah ini telah dibina bagi menampung keperluan yang meningkat ketika itu. Pada tahun tersebut, sekolah ini telah menawarkan 1 kelas tingkatan 4 yang beraliran sains tulen. Bangunan tambahan ini telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia ketika itu, iaitu Dato’ Khalil bin Yaakob pada 29 April 1984. Pada tahun 1985, kelas tingkatan 6 Rendah Syariah telah diwujudkan dengan pelajar seramai 19 orang pelajar yang ditawarkan dari sekolah-sekolah di Wilayah Persekutuan dan Selangor. Mereka mula mendaftarkan diri pada 19 Mei 1985. Pada tahun 1990, 1 blok bangunan KBSM satu tingkat dan 1 blok Kemahirah Hidup dua tingkat telah dibina. Bangunan tersebut telah dapat digunakan pada akhir tahun 1990. Bagi menampung keselesaan para pelajar asrama, 1 blok bangunan asrama tiga tingkat, dewan makan dan 1 blok bilik darjah satu tiongkat telah dibina pada tahun 1993.

 VISI SEKOLAH
SMKA SULTAN MUHAMMAD BERPRESTASI TINGGI TAHUN 2015
MISI SEKOLAH
Membangunkan pelajar-pelajar SMKASM berciri generasi khairun ummah melalui proses 
tarbiah syamilah berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah

No comments:

Post a Comment